ETIKA KERJA
Setiap pekerja hendaklah sentiasa berusaha menunaikan tugas mereka masing-masing. Sesebuah organisasi amat bergantung kepada pekerja yang produktif dan cemerlang dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan. Terdapat etika kerja yang boleh dipraktikkan dalam tugas seharian untuk mendapat keredhaan Tuhan seterusnya meningkatkan kualiti sesebuak organisasi.
* Bekerja Dengan Azam Mengabdikan Diri Kepada Tuhan
Sebagai seorang pekerja, seseorang itu hendaklah menyedari bahawa tugas yang dilaksanakan adalah amanah Tuhan. Sekiranya dia tidak menunaikan tugas tersebut sebaik-baiknya, maka bererti dia tidak menunaikan amanah Tuhan. Bekerja juga adalah seperti ibarat. Maka sewajarnya setiap pekerja menunaikan tuga sebaik-baiknya demi kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Tuhan itu maha melihat dan mendengar. Setiap gerak seseorang itu tidak lepas daripada pandanganNya.
No comments:
Post a Comment